Thursday, March 10, 2011

Oh!!!~ Debaran interview sudah berakhir... (^_____^)V

Ha... Meh nak story mory sikit... Siang tadi saya kena pergi interview kat salah sebuah jabatan kerajaan... Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor... Tapi untuk jawatan sambilan la... Actually, sebelum ni saya dah pernah interview di situ dan telah diambil bekerja selama lebih kurang dua tahun... Pun secara sambilan jugak... Hehe!~ Rezeki saya sentiasa ada dengan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor walaupun hanya berstatus sambilan... And hopefully kali ni saya akan dapat sambung lagi kat situ... Banyak sangat kenangan kat situ, dari yang suka mahupun duka... Oh!~ Indahnya kenangan tu semua...

Ok2... Ni nak cerita pasal interview tadi... Dapat call hari selasa hari tu supaya saya menghadirkan diri untuk interview hari ini yang dijadualkan bermula jam 2 petang... Dalam jam 1.35 petang saya sampai di office kesayangan saya tu... Lepas tu terus menuju ke kawasan menunggu temuduga sebab kawan saya, Cik Nurul dan Cik Sima dah menunggu saya di situ... Seronok dapat jumpa balik dengan dorang... Kalau dah jumpa tu, macam2 gosip la yang keluar... Girl oh girl!~

Saya : Korang, semalam Kak Su datang rumah kita... Dia bagi kad kahwin Ikin...

Cik Sima : Kitorang pun dapat... By post... Hari tu Kak Su minta alamat kitorang... Ingatkan nak apa...

Saya : Lor... Ya ke? Hehe!~ Korang tahu tak Kak Su dah ada kawan baik baru... Kak 'Tuuuttt'... 

Cik Nurul : Tahu... Eh, nad... Kak Elly ada bagi mesej kat kita wish good luck untuk interview hari ni... Dia ada mesej awak tak?

Saya : Tak ada pulak... Huhu!~

Cik Nurul : Sima, Kak Elly bukannya kena jadi lecturer kat Poli, tapi dia kena jadi Pembantu Tadbir Kewangan kat sekolah Cina mana entah... Kan Nad?

Saya : Ha'ah... 

Cik Nurul : Dia dah dapat kerja kat situ la tu... Dah kena panggil agaknya...

Saya : Tu la pasal... Patut la dia dah tak ada kat sini...

Tiba2, masuk beberapa orang lelaki dan perempuan (our ex-officemate yang juga mahu mencuba nasib untuk kesekian kalinya kat situ) yang menjadi bahan gosip kami... Oh!~ Bergosip je kerja kami... Selagi tak dipanggil masuk ke dalam bilik interview, selagi tu kami dok bergosip... Woman oh woman!~ Tiba2 Sima mengingatkan kisah temuduga sebelum ini...

Cik Sima : Nurul, aku tak boleh ingat la masa aku masuk bilik temuduga dengan Nad masa interview yang sebelum ni...

Cik Nurul : Kenapa? Ada cerita menarik ke?

Saya dah start gelak...

Cik Sima : Tak ada la... Encik Rahman tanya apa produk yang dikeluarkan Perangkaan... Nad boleh jawab pensil!~

Saya : Bukan pensil la, Sima... Kalkulator...

Cik Sima : Ha... Kalkulator... Encik Rahman dengan Cik Naza bantai gelak... Aku tak tahu macam mana Nad boleh terfikir jawapan tu...

Kami bantai gelak sampaikan peserta temuduga yang lain memandang ke arah kami...

Masa berlalu begitu pantas... Ada dua bilik temuduga... Dan interview dijalankan secara berkumpulan (ber-tiga2)... Kami bertiga kena di Bilik 1... Kak Ju yang arrange kan sebab dia tahu kami tak boleh berpisah... Hehe!~ Kami kerap memandang ke jam tangan masing2... Jam 2:15 petang, Bilik 2 dah mula memanggil nama yang ingin ditemuduga... Jam 2:30 petang, group kedua pulak masuk ke situ... Kami mula gelisah sebab bilik temuduga yang sepatutnya kami masuk (Bilik 1) masih tak memanggil nama yang ingin ditemuduga... Masa terus berlalu ke jam 3:00 petang... Jam 3:30 petang baru peserta temuduga untuk Bilik 1 dipanggil... Itu pun kami masuk jam 3:45 petang sebab kami adalah group kedua untuk Bilik 1...

Temuduga berjalan dengan lancar... Kali ni Encik Shahril dengan Tuan Syed yang menjadi penemuduga kami... No more Encik Rahman dan Cik Naza... Kami diminta untuk memberitahu maklumat diri... Masing2 jawab dengan penuh confident... Macam2 yang Encik Shahril tanya... Encik Shahril ni, macam la tak kenal kami sampai nak tanya macam2... Saja la tu... Huhu!~ Jam 3:55 petang baru kami keluar dari bilik tu...

Kesian kat Cik Nurul sebab dia nak kena rushing pergi ke Pasir Gudang... Dia sedang bekerja dan perlu mengambil kawan dia di sana... Dan pukul 4 dia perlu ke satu syarikat untuk hantar barang yang dipesan syarikat tu (dia bekerja di syarikat advertising)... Tapi dia cekap bawa kereta... Macam pelesit... Hehe!~ Hope dia dapat sudahkan kerja dia hari ni...

Saya pulak balik rumah dengan menumpang Cik Sima... Lagipun Cik Sima nak tumpang sembahyang Zohor kat rumah saya... Nasib baik sempat... Lepas tu saya suruh Cik Sima sembahyang Asar sekali sebab azan Asar dah berkumandang... Lepas Cik Sima habis sembahyang, kami borak2 di bilik saya... Bergosip lagi!~ Haha!~ Bukan gosip yang menambahkan dosa, ok!~  Jam 5:05 petang baru dia gerak balik ke rumah dia di Pontian... Hope dia selamat sampai...

GAMBAR2 DI BAWAH ADALAH SAAT2 KAMI DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI JOHOR  DARI TAHUN 2009 UNTIL 2010

Cik Sima (berbaju hijau), Cik Nurl (berbaju ungu) dan saya...

Saat kegemilangan di Tingkat 11, Menara Tabung Haji...

Geng2 Perangkaan kitorang... (^_____^)V


P/S : Harap2 kami dapat sambung kerja di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor lagi... Amin!~ ^_____^

2 comments: