Ni anak siapa la yang buat aksi lucah ni??? Ish!~ Mana mak bapak dia? Parents dia tak ajar ke? Ke cikgu sekolah dia yang tidur? Tapi, ni semua bukan salah ibu mengandung atau cikgu yang mengajar kerana tindakan yang dilakukan oleh budak itu tidak ada kena mengena dengan parents atau cikgu dia... Mesti korang ter-tanya2 kan apa yang budak kecik tu dah buat? Meh nak story, tapi serius cerita ini ada unsur2 lucah sebab budak tu buat aksi lucah... So saya nak cerita kelucahan yang budak kecik tu dah buat... Maaf ye, siapa2 yang under age, sila baca entry lain... Takut korang terangsang!~ Erk!~
Ok2... Saya nak mulakan cerita ni... Harap korang kuat iman untuk membaca entry ni... Macam ni ceritanya... Petang tadi, saya dan famili keluar ber-siar2 sambil menikmati hutan batu Johor Bahru... Actually, bukan ber-siar2 pun, sebab tujuan kitorang keluar tu pun sebab nak beli barang2 adik saya yang sedang bercuti... Esok dia dah nak balik kampus semula... Suka buat kerja last minute!~ Huh!~
Mula2 kitorang pergi Pasar Taman Dahlia dulu dan kejadian kelucahan terlampau tu berlaku kat situ... Berlaku di kawasan kedai area belakang... Masa saya tengah syok2 menikmati pemandangan di dalam setiap kedai dengan memerhatikan susun atur perabot di dalam setiap kedai, tiba2 mata saya terpana kat seorang budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 7 atau 8 tahun... Dia sedang berdiri di hadapan sebuah kedai dan korang nak tahu apa yang dia sedang buat??? Dia sedang memancutkan sesuatu dari alat sulit dia!!!~ Lupa nak beritahu bahawasanya budak kecik tu berjantikan lelaki... Perghhhh!!!~ Agak2 la adik, ramai orang lalu lalang kot kat situ... Setahu saya, kat situ ada tandas dan tandas tu tak dikenakan bayaran pun... Saya ingatkan saya seorang je yang perasan, rupa2nya adik saya yang duduk kat belakang dan mak yang duduk kat depan pun perasan... Alahai!!!~ Tak pasal2 hari ni mata kami dah buat dosa yang tak disengajakan... Huhu!~
Kepada adik yang menjadi pelakon utama dalam cerita di atas, akak bukan nak malukan adik, ok... Akak harap adik tak baca entry akak ni dan akak tahu adik tak akan baca sebab adik tak ada blog... Lagipun rumah adik kan tak ada internet... Hehe!~ Jangan buat aksi macam tu lagi ye...
P/S : Kalau buang air kat hutan, kena cakap, "Atok, nenek, moyang, pakcik, makcik, saya nak tumpang buang air... Tolong jangan tunjukkan diri ye, nanti saya pengsan... Kalau saya pengsan, siapa nak hantar saya pergi hospital? Takkan atok, nenek, moyang, pakcik atau makcik yang nak hantarkan? Nanti semua orang kat hospital tu pengsan, termasuklah para doktor dan jururawat... Tak Pasal2 tak ada siapa2 nak rawat semua yang pengsan tu...". Sekian!~ (^_____^)V
4 comments:
hehehee..panjngnyer celother..dari kencing ke pengsan..ahaha :-D sampai SKY pun trbawak skli..nice entry! haha
KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA?
HeHe!~ SaYeR MaNG SKe BErCeLoTeH... :D THanKS YaR!~ ;)
mari berceloteh bersama cIk nAd...
rancangan terbaru boleh ditonton secara online
HaHa!~ Ye aBG, RaNCaNGaN BaRu... BeST GaKS KaN Lau aDeR RaNCaNGaN SNDiRi... *WoNDeRiNG*
Post a Comment