Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Apa yang anda semua lakukan apabila azan berkumandang di udara kawasan perumahan anda ataupun di corong2 radio atau di peti2 televisyen?
a) Kalau tengah tengok televisyen atau dengar radio, anda tidak memperlahankan volume (kalau laungan azan datangnya dari masjid atau surau kawasan perumahan anda)
b) Buat bodoh sambil meneruskan pekerjaan yang anda sedang lakukan pada waktu itu
c) Jawab setiap lafaz azan yang kedengaran
Dan apa pula yang anda lakukan sebaik sahaja laungan azan telah habis berkumandang?
a) Meneruskan pekerjaan yang sedang anda lakukan sambil berkata, ''Banyak masa lagi... Nanti2lah aku sembahyang..."
b) Kalau sedang tidur, anda bantai sambung tidur dan buat macam tiada apa2 yang berlaku
c) Baca doa lepas azan dan terus ber-siap2 untuk melakukan solat...

Kali ini saya ingin sentuh mengenai solat, yang merupakan tiang agama bagi umat Islam yang bernyawa di muka bumi Allah SWT ini... Kalau kita tidak tegakkan tiang agama kita, bagaimana kita hendak mendapat keredhaan Allah sepanjang kita masih menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida di muka bumi ini?
Pernah atau tidak anda mengabaikan solat? Pernah atau tidak anda me-lambat2kan solat ataupun meninggalkan solat dengan sengaja? Ada beberapa pendapat mengenai meninggalkan solat... Pertama adalah dari Abu Hanifah di mana beliau mengatakan, "Tidak akan kafir orang yang meninggalkan solat tetapi boleh dikenakan hukuman takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat... Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa...". Kedua adalah dari Saidina Ali r.a dan Imam Hambali di mana mereka berendapat, "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah...". Kesimpulannya, orang meninggalkan solat dengan sengaja adalah fasik kerana telah mengabaikan salah satu dari Rukun Islam...
Marilah mengerjakan solat...
Cuba anda perhatikan tatkala anda sedang berada di luar rumah seperti di pusat2 membeli belah atau di taman2 rekreasi... Apa yang dilakukan oleh mereka yang beragama Islam apabila azan berkumandang / telah masuk solat? Saya pasti bilangan yang menuju ke rumah Allah boleh dibilang dengan jari... Kebanyakan yang lain leka dengan perkara2 duniawi yang sememangnya melalaikan mereka... Perkara2 duniawi sering tidak memberikan kepuasan kepada mereka dan mereka berusaha untuk mencapai puncak kepuasan... Sesungguhnya apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata dari Allah, termasuklah nyawa kita... Jadi sebagai hamba-Nya, apa salahnya jika kita menghargai dan berterima kasih ke atas nikmat yang diberikan-Nya itu dengan melakukan kewajipan solat sebagai tanda syukur kita? Solat yang mengambil masa tidak sampai 10 minit itu bagi satu2 waktu tidak akan menyebabkan urusan dunia kita tergendala kerana urusan yang benar2 penting adalah urusan akhirat; urusan yang akan menentukan di mana kedudukan kita di alam akhirat nanti...
Solat itu mudah...
Ingatlah 1 perkara sebelum mata kita betul2 terpejam buat selamanya, 'sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan'...
Di bawah ini saya selitkan sedikit info mengenai solat... Tidak susah untuk difahami dan mudah untuk dihayati...
Perbezaan anatar lelaki dan wanita ketika solat:
PERBEZAAN ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN KETIKA SOLAT
| ||
PERBUATAN
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
Ketika takbir
|
Merenggangkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
|
Merapatkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
|
Ketika sujud
|
Kedua-dua paha hendaklah direnggangkan.
|
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan.
|
Bacaan dalam solat
|
Boleh menyaringkan bacaan
|
Dilarang menyaringkan bacaan
|
Ketika imam terlupa
|
Boleh mengucapkan lafaz tasbih
|
Hanya sekadar menepuk tangan kiri.
|
Aurat
|
Antara atas pusat dengan bawah lutut yang wajib ditutup.
|
Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
|
Syarat2 wajib solat :
- Islam
- Baligh
- Berakal
Rukun Solat :
- Niat
- Takbiratul ihram
- Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
- Membaca surah Al-Fatihah
- Ruku serta tumakninah
- Iktidal
- Sujud
- Duduk di antara dua sujud
- Duduk tahiyat akhir
- Membaca tahiyat akhir
- Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
- Memberi salam pertama
- Tertib
Dalil yang mewajibkan solat:
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Maka dirikanlah solat... Sesungguhnya solat itu satu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang2 mukmin.." (Surah An-Nisa' : 103)
Dari hadis Rasulullah SAW : "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya dia akan menegakkan agamanya... Sesiapa yang meninggalkannya dia akan meruntuhkan agamanya..." (Riwayat Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda : "Suruhlah anak2 kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur..." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim)

Sesungguhnya solat itu mudah... Solatlah walau di mana kita berada dan walau bagaimanapun keadaan kita... Islam tidak membebankan penganutnya dan disebabkan itu adanya cara solat tertentu mengikut keadaan kita lebih2 lagi apabila kita tidak mempunyai keupayaan... maka janganlah beralasan untuk tidak mengerjakannya...
P/S : 'Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...' (^_____^)V
terima kasih atas ingatan buat semua umat islam, termasuk aku yg membaca
ReplyDeleteSaLiNG iNGaT M'iNGaTKaN SeSaMeR KiTeR... :)
ReplyDelete