Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Sekarang ini jam menunjukkan pukul 10:01 malam dan hari ini adalah 18 disember 2010... Saya baru sahaja selesai menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Vietnam yang berlangsung di Vietnam... Layan perlawanan bersama Emak dan adik2 saya... Adik bongsu saya, Aiman asyik bertanya pada Emak, "Emak, sudah golkah Emak?". Kemudian Wani jawab, "Adik tengoklah... Kalau Adik tengok mesti Malaysia boleh gol...". Aiman tidak turut serta menonton perlawanan bolasepak di kaca televisyen kerana dia sedang menanggung sakit gigi... Eh, dia sudah cabut gigi dia yang sakit itulah! Baru sahaja... Hehe!
Baiklah, berbalik kepada perlawanan di antara Malaysia dan Vietnam yang baru sahaja selesai, saya hendak cuba mengulas sedikit mengenai perlawanan tersebut walaupun kepakaran itu tiada pada saya... Ini merupakan pendapat saya mengenai perlawanan tadi dan maaf kalau ada yang tidak senang dengan ulasan saya...
Bagi saya pemain Malaysia bermain dengan cemerlang, gemilang dan terbilang dan saya rasa kredit harus diberikan kepada penjaga gawang Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat... Saya akui dia seorang penjaga go yang hebat kerana berjaya menangkap hantaran2 yang diberikan oleh pemain Vietnam sekaligus menyelamatkan gawang malaysia dari dibolosi... Pemain2 Malaysia yang nampaknya berhempas pulas untuk merebut bola dari pemain Vietnam yang ternyata banyak menguasai bola... Malaysia jarang2 berpeluang utnuk .memegang' bola dan kebanyakan masa hanya 'dihabiskan' di petak Malaysia...
Apa yang saya kurang berpuashati adalah cara permainan pemain Vietnam yang bagi saya terlalu kasar terhadap pemain Malaysia... Mungkin kera amereka tertekan kerana walaupun sudah masuk separuh masa kedua, mereka masih lagi tidak dapat menjaringkan sebarang gol... Pada minit ke-70+, pemain Vietnam telah bermain kotor di petak penalti kerana salah seorang pemainnya denga sengaja menjatuhkan diri dengan harapan mereka akan dapat penalti di atas keslahan yang konon2nya dilakukuan oleh S. Kunalan... Dan Malaysia bernasib baik kerana pengadil perlawanan hari ini bukanlah seorang yang 'buta'... Akhirnya salah seorang pemain Vietnam dilayangkan kad merah dan ini sedikit sebanyak menambahkan tekanan ke atas mereka kerana harus bermain dengan hanya 10 pemain di atas padang...
Pada minit2 terakhir, Malaysia banyak melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan gol iaitu pada minit ke-87, ke-88 dan ke-89... 3 minit ber-turut2... Walaupun perlawanan hari ini seri tanpa jaringan, syukur tetap dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana Malaysia berjaya melayakkan diri ke perlawanan di Indonesia... ini kerana Malaysia berkelebihan semasa perlawanan Rabu lalu di padang sendiri apabila berjaya menyumbatkan 2 gol semasa menentang Vietnam... Ini adalah perlawanan timbal balik... Apa2pun semoga berjaya diucapkan kepada Malaysia untuk perlawanan akhir nanti...
K. Rajagobal
Wajah pemain2 Malaysia...
P/S : "Malaysia oh tanah airku..." (^_____^)V
ble ke..? klw part team score goal nanti...ble jerit goal ke ?
ReplyDeleteHaRuSLaH JeRiT... BiaR iLaNG SoRe PuN TaKPe... JaNJi SoKoNGaN PaDu haruS D BeRi... ;)
ReplyDeleteeleh..xpenah tgk jerit pun...malu je.sek-sek tutup muka camne tuh?
ReplyDeletenak komen bole?
ReplyDelete..
pengula sukan wanita dah ada pun. telepas dah peluang nak dpt record. pengulas untuk bola pun dah ada wanita buat.
..
tahniah buat malaysia. tak dapat tgk game cam haritu. malah cuma dpt tgk tv seploh minit terakhir je.
..
tak mau komen tentang corak permainan. lalalalala
ko x yah jd pengulas lah, x sesuai....
ReplyDeleteko duk umah g blaja masak jek.... hahaha~
aPiZ : JaHaT KaN KaMoo Ni... aSeK JaDiKaN PiC Tu SBaGai BaHaN... BuT iT'S oK, iT'S oRiTe!~ aDeR uBi aDeR BaTaS... ;)
ReplyDeleteaBG : SaYeR SiLaP... aCT NaK JaDi PNGuLaS SuKaN BoLa SePaK... MaSeR TuLiS DiS PoST PuN manG saYeR TeR'PK GaKS PNGuLaS SuKaN WaNiTa YanG aDeR KaT MeSia Ni CaM aZuRa aND LeN2... :)
aDiKKu WaNi : MeMaSaK SuDaa MJaDi KePaKaRaNKu... :p
ReplyDelete